SENARAI BUKU

Sunday, November 28, 2010

KARNADYA : AKU, IMPIAN & ANGAN ( 162 )




ISI KANDUNGAN :

1. Bermulanya Empat Cita-Cita

2. Aku, Impian dan Angan

3. Cita-cita Kedua : Inspektor Polis

4. Stratosfera

5. Layar Impian

6. Cabaran dan Kegagalan Tidak Pernah Berakhir

7. Cita-cita Pertama dan Semangat Baru

8. Usaha Tangga Kejayaan

9. Penulisanku

10. Jangan Pandang Belakang

11. 'The Beauty Sound' (TBS)

12. Perhentian Terakhir Kegagalan

13. Kejayaan

SINOPSIS :


Sebuah kisah mengenai semangat perjuangan seorang gadis bernama Azlin dalam merealisasikan cita-citanya dengan ditemani dua sahabat yang terlalu bernilai iaitu Angan dan Impian. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Azlin seorang yang inovatif, serius dan bersemangat waja. Namun hatinya sentiasa mempunyai sifat yang sentiasa berbelah bagi.

Ketika Azlin menyertai sebuah rancangan kuiz di sebuah syarikat televisyen, segala nostalgia hidupnya dalam mencapai impiannya terungkai satu demi satu. Bermula ketika perjanjiannya bersama Cikgu Ali, kehidupannya meniti usia remaja, percintaannya hinggalah kehidupan dewasanya. Segala-segalanya yang berkisar tentang pandangan, pemikiran dan semangatnya dalam mengenali dunia ini dan cabarannya telah difahami oleh Azlin.

Azlin rupa-rupanya sedar dia sedang mencari satu jawapan dalam segala halangan-halangan hidupnya yang dihadapinya selama ini. Jawapan itu telah difahami pada penghujung kisah ini dan diperlukan oleh kita semua dalam mengharungi hidup ini.

Penulis : Kniz AR
MukaSurat : 134
Harga : RM 10.90 

JANJI PUTERI BERADU ( 301 )




ISI KANDUNGAN :

1. Pagi Dang Nyaman

2. Tetamu Datang Menjemput

3. Bertemu Che Labu

4. Rancangan Tunggal

5. Perjalanan Di Padang Pasir

6. Bertemu Ibu Alma

7. Kisah Di Dalam Istana

8. Keluarga Katara

9. Kepulangan Seorang puteri

10. Masihkah Ada Harapan

11. Pertemuan Dan Perpisahan

SINOPSIS :

Piri-piri sunyi sepi. Istana dan perkampungannya terbiar. persekitarannya dilitupi hutan belantara. tiada seekorpun binatang berkeliaran.

Di menara, puteri jelita terbaring. dia terlena selama seratus tahun dan dijaga oleh makhluk yang sangat menyayanginya.

Suatu malam yang sunyi, seorang putera tersesat masuk. dia jatuh hati melihat keanggunan puteri yang masih kekal beradu. merasai kekuatan cinta putera, puteri yang jelita tiba-tiba tersedar dari lenanya. mereka berkhawin dan istana itu ditinggalkan.

Sang makhluk bersedih dan kesunyian. semangat Piri Piri diserapnya sehingga mereka lemah. dia berharap puteri akan kembali menyelamatkan rakyatnya... kerana itulah janjinya.
Puteri akan beradu kembali...

Penulis : Zulkifli Mansor
MukaSurat : 305
Harga : RM 15.50

KARNADYA : SATU ANUGERAH ( 70 )


ISI KANDUNGAN :

1. Tangisan

2. Terpaksa

3. Berjuang

4. Kawan

5. Kenangan

6. Nakal

7. Suka & Duka

8. Hilang

9. Gangguan

10. Potong Lagi

11. Lailatulqadar

12. Berubah

13. Jawapan

14. Kalut

15. Terlerai

SINOPSIS :

Sukarnya menjadi anak terbuang, sering dikata dan difitnah. Siapakah kedua ibu bapa kandungnya yang sebenar? 

Adam bertanya pada dirinya sendiri.
Tiada siapa yang menduga, tiada siapa yang boleh meramalkannya. Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Adakah benar dia seorang anak yang tidak sah taraf? 

Ah... betapa payahnya menerima kenyataan ini. Namun dia tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi memberi kasih sayang kepadanya. Adam terhutang budi kepada kedua insan tersebut. 

Dia bertekad untuk membalas jasa mereka tapi sempatkah dia menyempurnakan hasratnya itu?

Siapakah diri Adam yang sebenarnya?

Penulis : Syima Syawal
MukaSurat : 151
Harga : RM 10.90 

KARNADYA : ZIZAN ATAU ZIDANE ? ( 237 )


ISI KANDUNGAN :

1. Latihan Bola Sepak

2. Demam Bola

3. Melayari Internet

4. Pemain Tidak Cukup

5. Tarik Diri

6. Jadual Perlawanan

7. Selamat Hari Lahir

8. Pertandingan Bermula

9. Peluang Masih Terbuka

10. Teguh Di Puncak Jaya

SINOPSIS :

Hari pertandingan hampir tiba. Azizan dan rakan-rakannya giat menjalani latihan bola sepak. Begitu juga pasukan¬pasukan yang lain. Impian mereka hanya satu iaitu mewakili pasukan bola sepak sekolah. Namun, bukanlah mudah merealisasikan impian. Sikap Puan Hamidah yang tidak menggalakkan Azizan bermain bola sepak adalah antara salah satu halangan buat Azizan.

Di sebalik keghairahan Azizan dan rakan-rakannya berlatih, Aliya pula berasa tersisih. Kehadiran Edly di celah-celah kerumitan antara Azizan clan Aliya menambahkan lagi kekusutan.

Bagaimanakah Azizan menangani cabaran-cabaran yang dihadapinya? Mampukah Azizan clan rakan-rakannya memerangi pertandingan bola sepak tersebut?

Penulis : Alias Derais
MukaSurat : 166
Harga : RM 11.90 

KARNADYA : RAHSIA NILAM SARI ( 84)





ISI KANDUNGAN : 

1. Nilam Sari

2. Kitab Tanpa Kalimah

3. Sirip Naga Sakti

4. Tuan Yang Terutama

5. Sejarah Lalu

6. Laksmana Petala Sepuluh

7. Bentara

8. Pedang Samudera

9. Malapetaka

10. Kasih Ibu

11. Danau Air Mata

12. Kalimah

13. Mutiara Sari

14. Asap Merah

15. Terbang

16. Burung Hitam

17. Perarakan Ilmuwan

18. Taklimat

19. Kamar Putih

20. Matahari Terbit

21. Bilik Roman

22. Ujian Tebing Tinggi

23. Soalan Tebing Tinggi

24. Bilik Yakin

25. Pintu Yakin

26. Amanat Terakhir

SINOPSIS :

Kitab Nilam Sari, kitab yang tua, seusia lautan dan daratan, sarat dengan ilmu dan hikam, kini berada di dalam amanah Nadim, waris terakhir Nilam Sari. Nadim telah diarahkan oleh ayahnya, Perkasa Sukma untuk menyelesaikan amanat terakhir yang tertera di dalam kitab itu. Tetapi Kitab Nilam Sari bukan sebarangan kitab. Ia kitab hati, kitab yang akan memaparkan isi-isinya mengikut niat pemiliknya. Jika hati pemiliknya suci maka benarlah isi-isinya, tetapi jika pincang niat pemiliknya, maka sesatlah ia.

Dapatkah Nadim mengikut jejak langkah ayahnya yang berjaya mensucikan hatinya untuk membaca amanat terakhir kitab itu? 

Ikutilah suka duka dan kisah pengembaraan Nadim dalam usahanya untuk membongkar rahsia Kitab Nilam Sari.

Penulis : A Rahmat
MukaSurat : 161
Harga : RM 11.90 

BUKU BARU : NUJUM CIK BELALANG


ISI KANDUNGAN :

Bab 1 - Berlatih

Bab 2 - Penyambut Tetamu

Bab 3 - Ada Persembahan

Bab 4 -  Atur Strategi

Bab 5 - Misi

Bab 6 - Zuana Diuji

Bab 7 - Ditinggalkan

Bab 8 - Berlatih Bersama

Bab 9 - Ujian Bermula

Bab 10 - Cabaran Zuana

Bab 11 - Cheerias Diuji

Bab 12 - Rantai Hilang

Bab 13 - Si Ahli Nujum

Bab 14 - Berterus-terang

Bab 15 - Terima Hukuman

Bab 16 - Perubahan Zuana?

SINOPSIS :


 Pasukan Bola Jaring sekolah atau lebih dikenali sebagai Cheerias adalah kumpulan paling popular di sekolah Zuana. Zuana menganggap dirinya mempunyai kelebihan ataupun kuasa 'psikik'. Kumpulan Cheerias adalah kumpulan bola jaring sekolah yang dianggap popular. 

Mereka yang mahu menyertai Cheerias perlu ada 'KELEBIHAN'. Zuana sangat teruja mahu menyertai Cheerias, jadi dia menggunakan pelbagai helah supaya diterima di dalam kumpulan itu. Selepas menyertai Cheerias, Zuana semakin meminggirkan sahabat baiknya Asyikin. 

 Adakah Zuana mampu bertahan lama dengan Cheerias?

Penulis : Firas Firzana
MukaSurat : 277
Harga : RM16.90

IMPIAN MIRA


ISI KANDUNGAN :

1. Sakinah Kedua

2. Budak Yang Hebat

3. Lepas Dari Mulut Buaya... Masuk ke dalam Kandang Badut

4. Perjalanan Menuju Kesengsaraan

5. Kesepian

6. Budak Baru Nombor 2

7. Azlan Yang Tampan

8. Diet

9. Menulis Novel

10. Lirikan Tajam Adibah

11. Kenapa Dengan Siu Fan?

12. Sokongan Daripada Sudin

13. Penumbuk Untuk Si Raja Singa

14. Terkucil

15. Ah!

16. Kunjungan Pertama Sudin

17. Foto (bekas) Keluarga Bahagia

18. Novel Sendiri... Wow!

19. Kucing Sabrina

20. Ayah Kedua

21. Impian Sabrina Kehidupan Mira

SINOPSIS :

Sejak ayah dan ibunya berpisah, Mira merasai seluruh dunia memusuhinya dan Mira mengambil keputusan untuk membalas memusuhi dunia. Gara-gara kelakuan Mira di sekolahnya di Johor, Mira terkenal sebagai gadis nakal. Namun apabila ibunya bertukar kerja di Kuala Lumpur, Mira tekad  mahu berubah dan menjadi gadis baik di sekolah barunya.

Siapa sangka, di sekolah baru, Mira bertemu dengan pemuda yang digilai ramai di sekolah lamanya dahulu, Azlan! Mira jadi tidak keruan memikirkan kemungkinan Azlan bercerita tentang kenakalannya di sekolah lama. 


Masalah Mira tidak terhenti di situ sahaja, dengan tidak semena-mena Mira dipulaukan oleh teman-teman di sekolahnya. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Hanya Sudin yang percaya Mira tidak seburuk yang disangka.



Penulis : Aisyah Ahmad
MukaSurat : 184
Harga : RM 14.50